KUALA TERENGGANU: Sebanyak 6.5 tan metrik sampah berpunca daripada sisa yang dihanyutkan arus laut semasa Monsun Timur Laut (MTL) dikutip menerusi aktiviti pembersihan pantai yang dilaksanakan di Terengganu dalam tempoh sebulan, tahun ini. Pengerusi Geng Plastik Ija (GPI) Terengganu, Zulkefli Sarji berkata, majoriti sampah yang dikutip terdiri daripada botol plastik, polistiren, tali, pukat, bungkusan makanan serta pelbagai jenis sisa lain. Katanya, sebahagian besar sampah tersebut dipercayai datang dari negara sekitar…










