KUANTAN: Pengasingan kubur suspek kes bunuh empat sekeluarga di Taman Cerating Damai di sini, kira-kira lima meter dari mangsa lain dibuat sebagai peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan membunuh dan bunuh diri adalah dosa besar dalam Islam. Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Zaki Md. Zain berkata, selagi seseorang itu tidak menzahirkan unsur kesyirikan atau kekafiran, statusnya sebagai muslim tidak terlucut, meskipun melakukan dosa besar seperti membunuh. Katanya,…










