KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi jaminan bahawa isu melibatkan seorang pelajar yang disyaki menghina Islam di media sosial sedang disiasat dan akan diselesaikan segera. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengambil tindakan sendiri terhadap insiden yang berlaku ketika umat Islam sedang berpuasa. Menurutnya, tindakan pelajar terbabit serius dan tidak beradab, yang berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang…










