KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjalankan pemantauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Jaya Grocer Signature KLGCC, sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Pengarahnya, Mohd. Sabri Seman berkata, tempoh pelaksanaan SHMMP adalah mengikut panduan dan penilaian keadaan semasa dalam memastikan harga tetap relevan tanpa menjejaskan kelangsungan perniagaan. “Pihak kami akan sentiasa memantau pematuhan SHMMP meliputi 16 jenis barang…









