PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pengarah jabatan Persekutuan serta seorang Pengarah Bahagian tiba di mahkamah Majistret, di sini untuk permohonan reman Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan tuntutan palsu melibatkan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT). Kedua-dua suspek tiba pada pukul 9.10 pagi ini dengan menaiki kenderaan SPRM selepas mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas memberi keterangan kepada pegawai penyiasat. Berdasarkan siasatan awal,…










