PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merampas hampir 11,000 tablet misoprostol atau pil miso, bahan pembungkusan dan bukti transaksi dalam tindakan penguatkuasaan berterusan bagi membanteras penjualan ubat tidak sah. Program Perkhidmatan Farmasi KKM berkata, rampasan melibatkan tindakan susulan merangkumi siasatan dan pendakwaan terhadap pihak terlibat sebagai langkah tegas menangani kegiatan berkenaan. Malah, sepanjang tempoh 2020 hingga 2025, KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan terhadap penjual produk misoprostol yang…










