KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan amaran tegas kepada pengusaha makanan dan minuman yang mengamalkan tindakan tidak bertanggungjawab sehingga boleh membahayakan kesihatan awam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan yang mendedahkan orang ramai kepada risiko serius, termasuk keracunan makanan. Menurutnya, semua pengusaha makanan dan minuman perlu sentiasa mematuhi peraturan. “Peringatan telah diberikan berulang kali sebelum ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap…








