KLUANG: Ketua Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kluang, Shikh Mohd. Farkhann mengumum peletakan jawatan serta bertindak keluar daripada parti itu serta-merta. Beliau turut memaklumkan menyertai UMNO bersama kira-kira 100 ahli Muda kawasan berkenaan. Susulan tindakan itu, Muda Kluang dibubarkan kerana ahli-ahli terlibat turut merupakan ahli jawatankuasa bahagian berkenaan. Shikh Mohd. berkata, keputusan itu susulan ketiadaan hala tuju jelas ditunjukkan kepimpinan Muda sekali gus menyukarkan pihaknya untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap masyarakat…










