KUALA LUMPUR: Malaysia memasuki 2026 dengan ekonomi yang kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan persekitaran global, kata Menteri Kewangan II. Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, berdasarkan unjuran rasmi, pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang antara 4.0 hingga 4.5 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang stabil serta aktiviti pelaburan yang berterusan. “Bagaimanapun, penilaian semasa pasaran menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi berpotensi mencecah 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2026. “Ini mencerminkan pengukuhan permintaan…







