SEREMBAN: Kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan industri adalah kunci untuk memastikan program akademik sentiasa relevan, praktikal dan bersesuaian dengan keperluan dunia sebenar. Naib Canselor Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), Profesor Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed, berkata, bahawa penglibatan pihak industri membantu memastikan inisiatif akademik dipandu oleh amalan profesional semasa, realiti perundangan dan perspektif antarabangsa. “Ini secara langsung mengukuhkan kerelevanan program, menyokong penyelidikan gunaan, serta meningkatkan kebolehpasaran dan tahap…










