PETALING JAYA: Tindakan polis menahan peserta Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram sebelum ia bermula semalam, wajar dipersoalkan kerana hak untuk berhimpun secara aman dijamin Perlembagaan Persekutuan. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Katanya, hak itu merupakan hak asasi yang hanya boleh dikenakan sekatan secara sah, munasabah dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.…










