KUALA LUMPUR: Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) telah memasuki bulan pertama pelaksanaannya, namun suasana promosi pelancongan itu dilihat masih kurang menonjol dan suram di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti Taman KLCC dan Suria KLCC. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, tiada sepanduk atau bahan promosi berkaitan TMM 2026 dikesan di kawasan berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap penyampaian kempen kepada pengunjung, khususnya pelancong asing. Bagaimanapun, kehadiran orang ramai berada…










