KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan sedang mengkaji semula arahan mewajibkan penutupan empat jenis perniagaan pasar raya besar, pasar raya biasa, pasar raya hiper, dan perniagaan borong pada 1 Syawal, selepas arahan tersebut tidak dikuatkuasakan tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia dibuat selepas pihaknya menerima banyak rungutan daripada pekerja-pekerja pasar raya yang berharap arahan wajib cuti itu dikembalikan, bagi membolehkan mereka…










