ALOR SETAR: Sepasang suami isteri terus mengekalkan harga burger RM2 sejak tujuh tahun lalu hingga mampu mencatatkan jualan kira-kira 300 biji sehari. Meskipun dijual pada harga murah, Norhisham Ashar, 43, dan Siti Rohayu Md. Saad, 41, tidak pernah berkompromi soal kualiti apabila masih menggunakan bahan mentah yang setara dengan burger lain di pasaran. Norhisham berkata, jualan yang konsisten dan permintaan tinggi membolehkan mereka tetap meraih keuntungan meskipun harga lebih rendah.…










