PENDANG: Bakat seni luar biasa seorang pelajar autistik Sekolah Model Khas Bukit Jenun (SMoKBJ), di sini mencuri perhatian ramai apabila lukisannya terpilih menghiasi kalendar sebuah syarikat perbankan. Lebih menarik, sentuhan magis Ainul Syeefa Zamrol, 15, itu menghasilkan lukisan bertemakan haiwan diangkat sebagai ilustrasi kalendar syarikat tersebut sejak tiga tahun lalu. Ibunya, Suraya Abdul Rahman, 54, berkata, syarikat kewangan itu mengesan bakat Ainul Syeefa melalui karya lukisan yang sering dijadikan bahan…










