Kami berpisah cara baik - Zulin Aziz sah bercerai

Kami berpisah cara baik – Zulin Aziz sah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zulin Aziz mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, berkata, perceraian tersebut diputuskan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak menghebahkan perkara itu sehingga tamat tempoh idah yang berakhir hari ini.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Namun, saya tidak memaklumkan kepada sesiapa sehingga tempoh idah selesai.

“Saya tahu lambat-laun perkara ini akan diketahui juga. Jadi, saya fikir waktu terbaik untuk berkongsi adalah selepas habis menjalani tempoh idah,” katanya.

Pelakon drama Begitukah Cinta itu bagaimanapun enggan mendedahkan punca perceraian kerana menganggapnya terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu mengetahui urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk didedahkan.

“Apa yang boleh saya katakan, kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami masih berkawan dan hubungan kedua-dua keluarga juga kekal baik.

“Mungkin jodoh kami tidak panjang. Saya anggap ini ketentuan Ilahi. Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doa yang baik-baik buat kami berdua,” ujarnya.

Terdahulu, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan sepanjang perkahwinan tersebut, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN