KUALA LUMPUR: Penubuhan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) khas untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Wilayah Persekutuan akan dilakukan bermula tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, ia dibuat berpandukan Pelan Tindakan OKU Muslim bagi memastikan penyertaan menyeluruh komuniti itu dalam pendidikan agama. Katanya, beberapa lokasi strategik sudah dikenal pasti dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat bersama Jabatan…










