PETALING JAYA: Sebanyak 456 notis dikeluarkan dan 22 motosikal disita dalam Ops Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baru Cina (TBC) 2026 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, daripada 456 notis sebanyak 419 notis dikeluarkan di mana 151 kesalahan tiada lesen memandu sah, lesen tamat tempoh (108) sepanjang operasi dilakukan. Menurutnya, notis di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut…










