JOHOR BAHRU: Johor menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2026 iaitu RM8, RM10 dan RM20 bergantung kepada kedudukan ekonomi individu termasuklah jenis beras yang dijadikan makanan harian mereka. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu tertakluk pada harga beras dengan kadar timbangan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.6 kilogram. Menurut beliau, harga beras tempatan dan peratusan penggunaannya diperoleh…









