PETALING JAYA: Walaupun dipecat dan tidak lagi memegang jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen kekal. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tiada notis rasmi diterima berhubung pertukaran jawatan berkenaan. “Kedudukan Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang kekal sehingga penghujung sidang Dewan Rakyat,” katanya…










