KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk mana-mana komponen Perikatan Nasional (PN) merujuk atau membawa masalah dalaman masing-masing kepada perhatian parti lain, kerana ia adalah urusan ‘rumah tangga’ yang perlu diselesaikan sendiri. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap parti mempunyai mekanisme, struktur dan kepemimpinan bagi menangani sebarang kemelut tanpa campur tangan pihak luar. “Dalam masa sama, kita harap pengukuhan dan mencari muafakat lebih baik bagi pengukuhan PN.…










