KUALA LUMPUR: Isu rumah ibadat bukan Islam yang dibina tanpa kebenaran lebih sesuai dibincang dan diselesaikan melalui platform Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, perkara sebegini sudah lama berlarutan dan memerlukan penyelesaian secara matang. Katanya, pandangan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) serta Ahli-Ahli Parlimen Kuala Lumpur juga penting dalam menangani isu berkenaan.…










