KOTA TINGGI: “Isteri saya nampak cantik sebelum maut.” Itu ungkapan sedih Muhammad Asyraf Yatim, 34, selepas kehilangan isteri, Nor Balqis Yazid, 24, dan bayi mereka, Mohd. Bilal Asyraf, dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, petang semalam. Menurut Muhammad Asyraf, kali terakhir dia bertemu arwah isteri dan anaknya adalah kira-kira pukul 6 petang semalam ketika mereka keluar bersama. Arwah, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Felda Air…










