PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad diperintah menjalani hukuman penjara enam tahun bermula semalam dan didenda RM15.45 juta oleh Mahkamah Persekutuan atas sembilan pertuduhan rasuah. Mohd. Isa perlu menjalani tambahan 18 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Nordin Hassan bersama Hakim Datuk Lee Swee Seng dan Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali…










