PADANG BESAR: Institusi pendidikan Islam di negara ini disaran mendaftar dengan pihak berkuasa agama bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan sewajarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pendaftaran tersebut supaya institusi pendidikan Islam terlibat dapat diperkukuhkan termasuk menerusi pelbagai bantuan serta peruntukan disalurkan kerajaan. “Kita galakkan semua institusi ini dapat mendaftar agar kita dapat memantau dan menyalurkan bantuan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke…










