Insiden tembakan Komander AKPS: Langkah keselamatan tambahan diaktifkan serta-merta- Saifuddin

Insiden tembakan Komander AKPS: Langkah keselamatan tambahan diaktifkan serta-merta

SAIFUDDIN Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memandang serius insiden tembakan yang melibatkan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di pintu masuk negara, Bukit Kayu Hitam, pada pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, kejadian ini sedang disiasat secara menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam hal ini, beliau memberi jaminan keselamatan di semua pintu masuk negara kekal terkawal.

“Saya bersyukur beliau selamat. Langkah keselamatan tambahan telah diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan anggota dan orang awam terjamin.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana ancaman terhadap keselamatan negara. Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa ini, beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional.

Terdahulu, Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir nyaris terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya dalam kejadian di sini pada pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu berlaku ketika Mohd. Nasaruddin dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh dengan memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) X70.

Beliau bagaimanapun terselamat apabila dua tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua suspek menaiki sebuah motosikal tersasar.

Tembakan terkena pada pintu penumpang belakang sebelah kanan dan pintu penumpang hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN