PUTRAJAYA: Industri teksi di negara ini dibimbangi semakin pupus dalam jangkaan tempoh lima tahun lagi apabila jumlah pemandu yang suatu ketika dahulu mencecah sekitar 120,000 orang kini merosot kepada hanya kira-kira 28,000 pemandu sahaja di seluruh negara. Kemerosotan drastik itu bukan disebabkan peralihan semula jadi pemandu kepada platform e-hailing, sebaliknya berpunca daripada pencabulan ekosistem pengangkutan awam susulan kemunculan perkhidmatan e-hailing yang didakwa tidak dikawal secara adil oleh kerajaan. Bercakap kepada…










