BUTTERWORTH : Seorang wanita maut dipercayai selepas dikelar dalam satu kejadian di rumahnya di Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini, petang tadi.
Difahamkan, semasa kejadian, mangsa yang juga seorang ibu tunggal dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar pada bahagian leher.
Difahamkan juga, laporan polis mengenai kejadian tersebut dibuat oleh jiran mangsa yang kebetulan melalui kawasan rumah wanita berusia 41 tahun itu.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian dan memaklumkan, polis kini sedang menyiasat kes tersebut dari segenap sudut.-UTUSAN










