Ibu Puteri Balqis dakwa ada artis veteran jadi dalang, perangkap saat susah - Utusan Malaysia

Ibu Puteri Balqis dakwa ada artis veteran jadi dalang, perangkap saat susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon, Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz, mendedahkan pernah diperangkap oleh seorang artis wanita veteran membabitkan serang ahli politik beberapa tahun lalu.

Mengimbas kembali keadaan itu, jelas Norashikin, ketika itu Balqis yang mesra disapa Aqish sedang mengalami sakit yang menjejaskan pengihatannya.

Sebagai seorang ibu dan dalam keadaan terdesak, dia mempercayai kata-kata seorang artis veteran ini kononnya ada seorang ahli politik ingin menawarkan khidmat doktor pakar kepadanya. Lebih meyakinkan, bantuan itu tidak memerlukan liputan media.

Ketika itu, Aqish ditinggalkan di sebuah restoran mamak di Bricksfields sebelum Ashikin kemudian dijemput menaiki kereta ke sebuah rumah dua tingkat yang tidak didedahkan alamatnya. Ashikin ditemani artis veteran tersebut sebelum ahli politik itu muncul.

“Dalam bilik itu kosong, tak ada doktor yang dijanjikan. Kemudian ahli politik itu beri saya syarat pelik kalau nak merawat Aqish. Saya kena jadi isteri kedua dan Aqish dihantar ke luar negara, tak boleh jumpa sampai umurnya 21 tahun.

“Saya diwajibkan bertudung di luar rumah tapi tak boleh bertudung depan kawan-kawannya kalau mereka datang ke rumah, tidak boleh berjumpa sesiapa juga. Dari situ saya mula tidak sedap hati,” dedahnya menerusi perkongsian di podcast SembangOhhYeahh yang tular.

Tambah Ashikin lagi, lebih keji apabila tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum berlaku perkara yang tidak diingini dalam bilik berkenaan.

Mereka kemudian menghantar Ashikin ke restoran tempat anaknya ditinggalkan. Setelah itu, dia memberitau anaknya bahawa doktor yang dijanjikan sedang sibuk. Dia merahsiakan perkara sebenar daripada Aqish sampailah anaknya itu meningkat remaja.

Perkara itu menghancurkan hati Aqish sehingga membuatkan mereka sekeluarga sukar untuk mempercayai mana-mana manusia selepas itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN