ALOR SETAR: Harga ikan kembung di Kedah meningkat ketara sejak tiga bulan lalu sehingga mencecah RM20 sekilogram mengikut gred. Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna tentang kenaikan itu, lantas menyebabkan mereka tidak mampu lagi membeli ikan berkenaan. “Cake menerima aduan kenaikan harga ikan kembung atau ‘ikan rakyat’ ini yang dikatakan berlaku sejak tiga bulan lalu, harga ikan ini tidak turun-turun dan…










