Harap pelaku diambil tindakan - Siti Nurhaliza kesal insiden pijak Al-Quran - Utusan Malaysia

Harap pelaku diambil tindakan – Siti Nurhaliza kesal insiden pijak Al-Quran

SITI NURHALIZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang pelajar Institut Pengajian Awam (IPTA) yang memijak Al-Quran dan merakam serta memuat naik perbuatan itu di media sosial.

Siti dalam kenyataan menyifatkan perkara itu melampau dan menggambarkan hilang adab dan hormat dalam diri pelaku.

“Saya secara peribadi amat terkesan dan berdukacita dengan tindakan melampau seorang individu yang tergamak menghina serta memijak naskhah suci Al-Quran, sebagaimana yang tular baru-baru ini.

“Perbuatan tersebut melukiskan gambaran hilangnya nilai adab dan hormat dalam diri manusia, yang jika dibiarkan, akan merosakkan moral generasi akan datang,” tulisnya di Instastory.

Terdahulu, seorang pelajar sebuah IPTA di disiasat kerana memuat naik gambar memijak al-Quran dan hantaran menghina Rasulullah.

Penahanan dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh bapanya pada awal pagi Rabu selepas menyedari hantaran berkenaan.

Siti dalam kenyataan sama berharap pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya.

“Negara kita mempunyai undang-undang dan peraturan yang jelas.

“Justeru, kami berharap agar perbuatan si pelaku dikenakan tindakan serta hukuman yang setimpal mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” tulisnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN