Suatu pagi, pada bulan April. Ketika itu jam dinding yang berbentuk bulat yang tersangkut di dinding bahagian dalam kediaman rekrut Platon E kompeni belum pun menunjukkan pukul tujuh. Ketika itu hujan renyai-renyai. Kawan-kawan perajurit dari platun lain sedang berlari-lari anak dalam satu kumpulan menuju ke padang kawad sambil menyanyi lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat dan cukup ceria sekali. Mereka ke sana untuk melakukan latihan fizikal, senaman perang dan senaman pagi.…










