PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama 16 Ahli Parlimen Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai parti politik lain atau ‘rumah baharu’ pada minggu depan. Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hassan berkata, selain wakil rakyat terlibat, platform politik baharu itu bakal disertai ketua-ketua bahagian Bersatu yang juga sudah pun menyatakan sokongan terhadap Ahli Parlimen Larut tersebut. “Maklumat yang saya dapat pun begitu juga (bahawa Hamzah akan mengumumkan rumah…










