BESUT: Hab Pengumpulan, Pemprosesan, Penyimpanan dan Pengedaran Ikan (HPPPP) Wilayah Timur serta Kilang Air Batu Fasa 3 PNK Besut bernilai RM5.81 juta dijangka dapat mengatasi masalah lambakan ikan dengan lebih sistematik. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek tersebut dilaksanakan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Program Pre Prihatin yang mana ia mempunyai kelengkapan fasiliti logistik bersepadu dilengkapi bilik sejuk dingin berkapasiti 300 tan metrik…










