PETALING JAYA: Kegiatan ‘Geng Ninja Turtle’ yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan pelbagai spesies kura-kura tumpas selepas tiga individu termasuk dalang diberkas di Kangar, Perlis pada Rabu. Hasil penahanan itu, sebanyak 50 ekor kura-kura dengan harga lebih RM200,000 turut dirampas. Operasi di tiga lokasi itu telah dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA)…










