PETALING JAYA: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melaksanakan pemantauan lapangan berterusan sebagai langkah berjaga-jaga susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda perairan Sabah awal pagi tadi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rondaan juga turut dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Beliau berkata, pemeriksaan di beberapa daerah termasuk Putatan, Kudat dan kawasan sekitar juga…







