Gadang Holdings komited sokong pembangunan bola sepak akar umbi

Gadang Holdings terus komited sokong pembangunan bola sepak akar umbi

MAJLIS simbolik penyerahan set jersi bola sepak tajaan Gadang Holdings Berhad kepada kepada skuad bola sepak Sesra di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GADANG Holdings Berhad meneruskan komitmen menyokong program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi apabila menyumbang set jersi untuk pelatih skuad bola sepak Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai (Sesra), Marang, Terengganu.

Majlis simbolik penyerahan set jersi itu kepada skuad Sesra disempurnakan Guru Besar sekolah berkenaan, Azwan Muda bersama wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang.

Tajaan itu diharap memberi manfaat kepada pelatih sebagai sebahagian usaha menyemarakkan program pembangunan bola sepak negara.

Pengurusan Sesra pula merakamkan sekalung penghargaan kepada Gadang Holdings Berhad
yang sedia memberi sumbangan dalam membantu usaha menggilap bakat di samping meningkatkan semangat pelatih-pelatih Sesra dalam sukan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN