PETALING JAYA: Filipina muncul sebagai pendahulu kategori individu dan berpasukan lelaki selepas tamat pusingan pertama Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Selangor edisi kelima yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, semalam. Wakil Filipina, David Charles Serdenia mendahului kategori individu lelaki, selepas mencatat pusingan terbaik hari ini dengan 68 pukulan yang merangkumi satu eagle, lima birdie dan tiga bogey. Pemain berusia 17 tahun itu mengakui padang Seri Selangor mencabar dan memerlukan kekuatan…










