Fasha Sandha tegas, tidak akan ulas soal bertudung - Utusan Malaysia

Fasha Sandha tegas, tidak akan ulas soal bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ini cerita lamakah? Kenapa Fasha Sandha tak bertudung?”

Demikian pertanyaan netizen dalam ruangan komen bagi sedutan salah satu babak drama Doa Yang Terlindung yang dimuat naik dalam TikTok.

Penampilan Fasha tanpa hijab dalam babak itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan segelintir netizen.

Isteri pelakon Aidil Aziz itu bagaimanapun sebelum ini sering menolak apabila diminta mengulas tentang imejnya yang kini bertudung.

“Mengenai imej bertudung ini, saya memang tak akan komen. Saya tidak sempurna dan masih memperbaiki diri,” kongsinya lagi.

Doa Yang Terlindung, arahan Idora Abdul Rahman turut dibintangi Firdaus Karim, Nafiz Muaz, Sharifah Rose dan ramai lagi.

Drama ini ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 malam menerusi slot Akasia di TV3. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN