Empat mazhab sepakat tarawih 20 rakaat

Empat mazhab sepakat tarawih 20 rakaat

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Empat mazhab sepakat tarawih 20 rakaat

SOALAN
Dalam bulan Ramadan ini kita disunatkan solat tarawih, tetapi kita masih berbahas isu lapan atau 20 rakaat. Apa nasihat ustaz dalam isu ini supaya ada penjelasan dan tidak mengelirukan?

Insan ingin tahu
Bangi

JAWAPAN
Empat mazhab sepakat menyatakan solat tarawih adalah 20 rakaat. Namun sebahagian ulama mengharuskan lapan rakaat dan sekiranya terdapat maslahah boleh bertaqlid kepada mazhab ini, apa pun keadaan 20 rakaat lebih afdal.

Bapa bertanggungjawab bayar zakat fitrah anak

SOALAN
Adakah saya perlu bayar zakat fitrah anak tiri saya atau ayahnya yang masih ada perlu membayar zakat fitrah untuknya?

Azim Shah
Musykil

JAWAPAN
Zakat adalah di bawah tanggungan ayahnya, namun kalau tuan ingin membayar zakat fitrahnya, ia tidak menjadi halangan.

Tidak solat tidak mengapa, asalkan tidak ambil rasuah?

SOALAN
Ustaz bolehkah kita cakap sebagai umat Islam saya tidak solat tidak mengapa asalkan saya tidak ada buat salah laku seperti rasuah, menipu dan salah guna kuasa?

Mahbob
Perlis

JAWAPAN
Tidak boleh sebagai seorang Muslim yang bercakap sedemikian. Keimanan dengan syariah adalah bersifat syumul dan lengkap tidak ada pecahan.

 

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN