KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 tenaga kerja asas dan pakar dijangka diperlukan sepanjang jajaran bagi pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada jumlah itu wajib diisi oleh rakyat Malaysia. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja bagi pengoperasian ECRL yang dijangka bermula Januari 2027. “Sejak projek pembinaan ECRL…










