PASIR MAS: Dua mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China dan Myanmar di Kampung Tujuh dekat Tumpat, bulan lalu. Mohd. Fairul Mu’min Abd. Rahim, 45, dan rakannya, Mohd. Azman Ismail, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh berikutan kes penyeludupan migran di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.…










