KULAI: Polis Johor merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang 14, Taman Damai Jaya, Skudai yang mengorbankan dua nyawa, awal pagi semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, individu yang dipanggil termasuk suami kepada mangsa wanita, pemilik rumah serta beberapa jiran berhampiran lokasi kejadian. Menurut beliau, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih…










