PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki selepas disyaki memindahkan minyak sawit dalam lori tangki secara tidak sah di sebuah kebun sawit di Ulu Kayan, Sitiawan, Perak, kelmarin. Kesemua suspek ditahan menerusi Taring Landai (Inter-Agensi) yang dilaksanakan oleh pasukan risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Kampung Acheh Perak dan Bahagian Penguat Kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Bagan Datuk, Perak kira-kira pukul 11. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner…










