RAUB: Dua beradik yang terselamat daripada tragedi kebakaran meragut lima nyawa ahli keluarga mereka di Kampung Pamah Kulat di sini, dijadikan sebagai anak angkat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan menanggung keperluan pendidikan sehingga ke peringkat universiti. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin ketika meninjau lokasi kejadian dan bertemu dengan dua beradik berkenaan di balai raya kampung itu, selepas…










