MELAKA: Seorang pelajar universiti dan adik perempuannya dikejar lelaki bersenjatakan pisau di kawasan parkir sebuah pasar raya di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 21 tahun didatangi suspek ketika menunggu ahli keluarga masuk ke dalam kenderaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, suspek dipercayai menjerit dan memarahi mangsa tanpa sebab, sebelum bertindak mengejar mereka sambil memegang sebilah pisau. “Kedua-dua beradik itu melarikan…










