PUTRAJAYA: Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara hukum dan semua pihak dikehendaki mematuhi apa sahaja yang ditetapkan undang-undang. “Sepertimana kuil-kuil hindu, sembahyanglah sebanyak mana nak dia (mereka) pun. Buatlah kuil di mana pun tapi…










