SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memasang kamera perangkap susulan dakwaan kehadiran harimau di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini baru-baru ini. Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 29 Januari lalu dan siasatan awal dilakukan pada hari sama. Katanya, pemasangan kamera itu bagi mengenal pasti hidupan liar yang terlibat dan memantau pergerakan haiwan di kawasan berkenaan. “Berdasarkan…










