MELAKA: Sawi pendek atau sawi Jepun, cili merah, bawang kuning besar dan bawang merah besar merupakan empat barangan tambahan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina berkuatkuasa dari 13 hingga 21 Februari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, empat barangan itu hanya dikuatkuasakan di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak. “Secara keseluruhannya kementerian telah mengenal pasti 16…










