PETALING JAYA: Kaedah cerapan anak bulan atau hilal bagi menentukan tarikh bermula Ramadan yang dilaksanakan Malaysia kini menjadi rujukan di peringkat antarabangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan berkata, pengiktirafan itu susulan pendekatan tersusun dan berautoriti yang mengintegrasikan ilmu falak syarie dengan teknologi moden, Selain itu katanya, pelaksanaan cerapan yang konsisten dan berstandard tinggi di seluruh negara antara faktor pemilihan rujukan Malaysia di peringkat antarabangsa.…










